logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

UPACARA PERBARISAN PENGOPERASIAN MARKAS ANGKATAN BERSAMA KEM SUNGAI PANCHING

1

 

PAHANG, 1 Jul 19 - Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin telah menyempurnakan Upacara Perbarisan Pengoperasian Markas Angkatan Bersama (MK AB) di Kem Sungai Panching, Kuantan, Pahang hari ini. Upacara Perbarisan ini diadakan sempena merasmikan dan tanda bermulanya Pengoperasian MK AB di penempatan baharu.

Dalam perbarisan tersebut, seramai 50 pegawai dan 113 anggota lain-lain pangkat dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan (TDM, TLDM, TUDM) yang bertugas di MK AB telah terlibat dengan diketuai oleh Kolonel Norazman bin Taib TUDM, Pengarah J3 Operasi Global selaku Ketua Perbarisan. Upacara Perbarisan ini turut menyaksikan Upacara Penyerahan Bendera MK AB oleh PAT kepada Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki sebagai simbolik perasmian pengoperasian MK AB.

MK AB yang sebelum ini beroperasi di bangunan Kem KEMENTAH, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur telah dipindahkan ke Kem Sungai Panching secara berperingkat mulai 12 Jun 2019 dan perpindahan tersebut lengkap sepenuhnya pada 26 Jun 2019 lalu. Projek pembinaan kompleks baharu MK AB di Kem Sungai Panching di atas tanah berkeluasan 97.769 ekar, telah siap pembinaannya pada 25 April 2019 dan diserahkan kepada MK AB pada 11 Jun 2019 setelah selesai proses penilaian oleh Lembaga Ambil Alih.

Pemilihan lokasi penempatan MK AB di Sungai Panching, Kuantan adalah berdasarkan kedudukannya terletak berhampiran dengan pangkalan-pangkalan dan kem-kem dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan (TDM, TLDM, TUDM) yang secara tidak langsung dapat merealisasikan konsep pengoperasian secara bersama (jointness) dengan berkesan.

Menyingkap kembali sejarah penubuhan MK AB, ianya telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan pada ketika itu pada 6 September 2004 dengan dikenali sebagai Markas Pemerintahan Angkatan Bersama (MK PAB). Laksamana Madya Dato’ Ramlan bin Mohamed Ali, Ketua Staf Markas ATM pada ketika itu telah dilantik merangkap jawatan sebagai Panglima Pemerintahan Angkatan Bersama (PPAB) yang pertama. Organisasi ini telah ditangguhkan buat sementara waktu pada Ogos 2005 sehinggalah ditubuhkan semula dikenali sebagai MK AB pada 1 Disember 2006. Penubuhannya pada kali ini lebih menumpukan kewujudan perjawatan keanggotaan yang kekal dan bertugas di sebuah Markas yang tersendiri bagi pengendalian operasi yang lebih mantap.

2

3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4

5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6

7

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

8

9

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

10

11

Bagi menentukan perjawatan MK AB dapat direalisasikan, MK ATM telah memacu usaha untuk memperolehi perjawatan yang tetap. Melalui usaha tersebut dan sokongan PAT pada ketika itu, maka perjawatan organisasi telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam secara rasminya pada 16 Julai 2007. Dengan kekuatan seramai 312 Pegawai dan anggota, MK AB telah melaksanakan tugas yang diamanahkan berdasarkan kepada konsep Bersama (Jointness) yang bersifat Tiga Khidmat (Tri-Service) yang diwujudkan untuk melaksanakan fungsinya dengan lebih berkesan dalam membantu PAT dalam aspek pemerintahan dan pengawalan operasi di peringkat tertinggi ATM.

Upacara Perbarisan ini turut dihadiri dan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Panglima-panglima Perkhidmatan, Mantan-mantan Panglima Angkatan Bersama dan Ketua-ketua dari pelbagai agensi serta Jabatan Kerajaan di Negeri Pahang untuk menyaksikan acara bersejarah tersebut.

 

12

13