logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

LAWATAN ULUNG PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE MARKAS PEMERINTAHAN MEDAN TIMUR TENTERA DARAT

 

51783723 2532333563504657 223409999576039424 o

 

KUCHING, 11 Feb 2019 – Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin telah melaksanakan lawatan ulung ke Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak.

 

51682670 2532333516837995 5086248559964061696 o

Ketibaan Panglima Angkatan Tentera disambut oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain, Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Dato’ Toh Choon Siang dan Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Isa bin Jaafar. Lawatan beliau dimulakan dengan penerimaan tabik hormat dan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) yang diketuai oleh Mej Izrul Hizam bin Malik.

52002791 2532333776837969 7579544081076846592 o

Panglima Angkatan Tentera seterusnya telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada warga ATM dan Veteran. Bagi pingat PJM, seramai 50 orang Veteran ATM yang berasal dari negeri Sarawak telah dianugerahkan pingat berkenaan. Turut hadir, Ketua Pengarah JHEV, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad. PJM dianugerahkan kepada veteran ATM yang berkhidmat antara tahun 1969 sehingga 1989 sebagai penghargaan terhadap sumbangan serta pengorbanan mereka menentang musuh dan memelihara keamanan negara. Pingat berkenaan diwujudkan pada 2004 bagi mengiktiraf keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan khidmat bakti yang telah dipamer oleh setiap lapisan anggota ketiga-tiga perkhidmatan ATM semasa menghadapi zaman darurat. PJM dimartabatkan sebagai pingat terkanan dan kekananan susunan berbanding anugerah yang sama taraf dengannya.

51882836 2532333770171303 3135285401200099328 o

Bagi Pingat PKN, seramai 120 orang anggota ATM telah dianugerahkan pingat berkenaan dalam majlis pada hari ini. Ianya melibatkan seramai 97 penerima daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), 3 penerima daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 20 penerima daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). PKN diwujudkan dan dikurniakan khas untuk menghargai serta mengiktiraf jasa dan pengorbanan setiap anggota yang terlibat dalam pertempuran di Lahad Datu, Sabah yang berlaku pada tahun 2013. Lawatan beliau di Kem Muara Tuang diakhiri dengan sesi dialog dan ramah mesra bersama warga ATM yang berkhidmat di kawasan Kuching serta veteran ATM.

51861128 2532333920171288 4157618012855205888 o

Panglima Angkatan Tentera juga turut kesempatan untuk melakukan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dengan diiringi oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain, Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Dato’ Toh Choon Siang dan Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Isa bin Jaafar.