logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DAN KEMENTERIAN PERTAHANAN TUNAI SOLAT JUMAAT BERSAMA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG XVI

51659941 2525639977507349 6522732704625065984 o

KUALA LUMPUR, 8 FEB 2019 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan bercemar duli menunaikan solat Jumaat di Masjid Khalid al-Walid, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak hari ini.

 

52024211 2525639870840693 111873663153733632 o

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah disambut oleh Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut , Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, dan Ketua Staf MK ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM.

 

51599169 2525639887507358 1001980986432421888 o

Kira-kira 2,000 jemaah terdiri daripada pegawai kanan dan anggota ATM serta kakitangan awam Kementah dan kariah sekitar turut menghadiri solat Jumaat berkenaan. Dalam acara tersebut, khutbah telah disampaikan oleh Kol Haji Baharizan bin Haji Zainal Abidin, Pengarah Pengurusan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Khutbah yang disampaikan adalah khutbah khas sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari setiap tahun. Khutbah tersebut bertemakan 'Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera' dan antara intipati utama khutbah berkenaan adalah berkisar mengenai keutamaan kebajikan rakyat terutamanya warga Wilayah Persekutuan.

51395108 2525639974174016 5338964920992006144 o

 

Selesai menunaikan solat, Baginda sempat meluangkan masa beramah mesra bersama para pegawai dan anggota ATM, orang awam serta menyampaikan sedikit sumbangan kepada kanak-kanak yang hadir.