logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT ATM 2018

 

 

46511003 2369391549798860 8205987029956165632 n22 Nov, Kuala Lumpur - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Angkatan Tentera Malaysia telah diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Khalid Al-Walid Kementah pada 22 November 2018. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YBhg Lt Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM, Ketua Staf Markas ATM yang mewakili Panglima Angkatan Tentera. Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Mej Jen Dato’ Hj Kamaruddin bin Hj Mamat, pegawai-pegawai kanan dan anggota ATM.

 

46520159 2369391279798887 4720678041993347072 n

Acara dimulakan dengan hadirin menunaikan solat maghrib diikuti dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan Bacaan ayat Al-Quran.

Majlis diteruskan dengan forum khas Maulidur Rasul yang dijayakan oleh 2 orang panel iaitu Mej Jen Dato’ Hj Kamarudin bin Hj Mamat dan Ustaz Dr Roslan Mohamad yang membincangkan tajuk ‘Rasulullah Pemimpin Ummah’.

46622816 2369391649798850 3245668818076303360 n

Majlis diakhiri dgn penyampaian sijil iso oleh Ketua seksyen perkhidmatan SIRIM Qas International Sdn Bhd, Puan Fauziah binti Sulaiman.

Pendekatan yang sistematik dalam menerapkan kualiti, dengan memastikan produk dan perkhidmatan memenuhi keperluan pelanggan. Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera, menggunakan standard kebangsaan iaitu MS ISO 9001 - Sistem Pengurusan Kualiti. Atas usaha yang dilaksanakan, Jabatan Arah KAGAT telah berjaya memperoleh pensijilan MS ISO 9001:2015 pada 12 September 2018 yang lalu.

 

46665317 2369391323132216 2886771712915931136 n