logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

 

33980102 2036077609796924 483470479802236928 n

31 Mei, Kuala Lumpur - Markas Angkatan Tentera telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur pada 31 Mei 2018 yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia dan turut hadir bersama isteri YBhg Puan Normah binti Alwi.

 

33892851 2036077893130229 5904009298035343360 n

Pada tahun ini, penerimaan sumbangan kewangan kepada ATM adalah sejumlah RM1,642.500.00 daripada 48 agensi penyumbang yang terdiri daripada badan-badan korporat, badan-badan berkanun, syarikat-syarikat swasta dan persatuan-persatuan sukarela. Dalam majlis ini, para penyumbang-penyumbang dan wakil yang hadir menerima penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata daripada ATM.

 

33988284 2036078269796858 5823579395398303744 n

ATM juga menerima sumbangan barangan daripada agensi-agensi yang berikut :
Puspanita Kementerian Pertahanan.
Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA).
Dewina Holdings Sdn Bhd.
Pagoda Foods (Malaysia) Sdn Bhd.
Regal Marketing & Trading Sdn Bhd.
Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB).
N.A.Z Medical Supplies Sdn Bhd.
Rukun Tetangga Sikamat Seremban.
Persatuan Veteran ATM.
Utusan Karya.
Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA).
Kumpulan FELDA.
Padiberas Nasional Berhad.

 

33986819 2036078329796852 4382205808427925504 n

ATM juga turut menerima penyampaian wang zakat daripada syarikat-syarikat yang berikut:
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (RM575,000.00).
Affin Bank Berhad (RM500,000.00).
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (RM350,000.00).
Affin Hwang Investment Bank Berhad (RM250,000.00).

 

33962709 2036078586463493 6462912550450233344 n

Saban tahun, ATM dibantu oleh sumbangan tenaga kerja daripada Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) ATM menyediakan 15,000 unit bungkusan beg hari raya untuk diedarkan kepada setiap perkhidmatan ATM untuk tujuan pengagihan kepada anggota yang sedang bertugas semasa operasi dalam dan luar negara (PBB) serta anggota keselamatan kem-kem tentera pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

 

33987299 2036078159796869 1200352683882446848 n

Hadir pada majlis ini juga, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohd Affendi bin Raja Mohd Noor, Panglima Angkatan Tentera serta isteri, YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan serta isteri, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Panglima Tentera Darat serta isteri, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Laut serta isteri, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Hj Buang, Panglima Tentera Udara serta isteri, YBhg Laksamana Madya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Angkatan Bersama serta isteri dan hampir 500 orang warga ATM.

 

34010349 2036078103130208 3485402502285754368 n