logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MENYAMBUT AIDILFITRI BERSAMA ANGGOTA DI PERBATASAN

35299485 2059804214090930 2042180692103659520 n

15 Jun, Kem Sri Banding -Tanggal 1 Syawal hari ini, Panglima Angkatan Tentera meluangkan masa menyambut hari raya di perbatasan negara bersama anggota 1 RS.

Beliau sempat bertakbir, bertahmid dan menunaikan solat sunat hari raya sebelum menikmati juadah bersama-sama anggota.

 

35333129 2059802137424471 2491491836711927808 o

Beliau meluahkan rasa gembira melihat semangat dan kecekalan anggota yang bertugas yang membawa beliau mengimbau kenangan sewaktu bertugas di lokasi sama sekitar penghujung tahun 70-an. "Kem Sri Banding ini nyata cukup nostalgik buat saya dan ramai yang lain yang pernah merasai pahit getir sewaktu pembinaan lebuhraya timur - barat yang menyaksikan sebahagian kami kehilangan nyawa dan anggota badan" ujar beliau.

 

35295390 2059801864091165 7957695644884271104 o

Lawatan beliau selama dua hari berakhir dengan menyerahkan beg raya hasil sumbangan pelbagai pihak kepada anggota yang bertugas di perbatasan negara.

Sumbangan ini memberi erti yang cukup besar terhadap perjuangan dan pengorbanan mereka yang terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang bagi memastikan negara berdaulat ini terus terjamin keselamatannya.

 

35281163 2059801977424487 6552744681959063552 o

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Panglima 2 Div dan pegawai kanan TD.

 

35385694 2059801344091217 4778630186042130432 o

 

35431353 2059800417424643 3171460811222679552 o