logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

ACARA SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

WhatsApp Image 2018 06 20 at 4.03.30 PM

20 Jun, Kuala Lumpur - 

Angkatan Tentera Malaysia menyaksikan perubahan secara rasmi tampuk pemerintahan Panglima Angkatan Tentera yang baharu dalam Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.
WhatsApp Image 2018 06 20 at 4.03.35 PM

Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera ke-19 menamatkan perkhidmatan dan menyerahkan tugas sebagai Panglima Angkatan Tentera kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin yang telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-20 berkuatkuasa pada 20 Jun 2018.

 

WhatsApp Image 2018 06 20 at 4.03.38 PM
YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia hadir bagi menyaksikan acara tradisi Angkatan Tentera Malaysia dan menerima kunjungan hormat kali terakhir oleh Mantan Panglima Angkatan Tentera sejurus selesai acara yang berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan..
Terdahulu pada sebelah paginya, acara Perbarisan Perhargaan Panglima Angkatan Tentera telah diadakan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur yang melibatkan kontinjen daripada ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara.

 

WhatsApp Image 2018 06 20 at 4.10.28 PM
Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Panglima Angkatan Ke-19 pada 16 Dis 2016. Beliau cukup dikenali di kalangan warga tentera dan pemimpin negara. Dilahirkan pada 20 Jun 1957 di Kg Raja Besut, Terengganu. Mula mengikuti latihan Bakal Pegawai Kadet di Sekolah Pegawai Kadet, Kem Sebatang Karah, Port Dickson dan seterusnya ke Maktab Tentera Diraja sebagai Pegawai Kadet dan telah ditauliahkan sebagai Pegawai Muda ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Mei 1977.

 

WhatsApp Image 2018 06 20 at 4.10.31 PM
Di sepanjang karier pegawai tentera, beliau telah menyandang beberapa jawatan penting dan di antaranya adalah Pembantu Ketenteraan kepada Timbalan Panglima Tentera Darat, Ketua Jurulatih di PUSASDA, Pegawai Memerintah 18 RAMD, Pegawai Staf 1 Bahagian Keselamatan Negara (BKN), Pegawai Staf 1 Tadbir di Cawangan Sumber Manusia, Ketua Staf 3 Divisyen, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan serta Panglima 2 Divisyen.

 

35486557 2068529073218444 1993392444896444416 n
Beliau telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral dan memegang jawatan Panglima Medan Tentera Darat pada 2 Jun 2008 seterusnya dilantik memegang jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia pada 31 Okt 2009. Beliau seterusnya dinaikkan ke pangkat Jeneral dan memegang jawatan Panglima Tentera Darat pada 15 Jun 2013.
Acara kemuncak menyaksikan tabik hormat oleh Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor kepada kontinjen Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. Hari terakhir beliau diakhiri acara tradisi send off dengan street lining yang melibatkan warga Angkatan Tentera Malaysia memberikan penghormatan sebagai tanda penghargaan kepada mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan isteri Puan Sri Norlida binti Hj Abdul Mubin.

 

35799278 2068529466551738 5228320425938780160 n
Perubahan tampuk pemerintahan Panglima Angkatan Tentera kepada YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin sebagai Panglima Angkatan Tentera yang ke-20 merupakan suatu pengiktirafan kepada beliau yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

 

35671561 2068529386551746 8525047570416795648 n
Beliau dilahirkan pada 30 November 1958 di Port Weld, Perak. Menerima latihan ketenteraan dan kursus dari dalam dan luar negara. Sepanjang karier ketenteraan beliau telah menerajui dan memegang beberapa jawatan penting antaranya sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat pada 20 Mei 2010 dan seterusnya dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-24 pada 14 Jun 2011.

WhatsApp Image 2018 06 20 at 5.45.20 PM
Acara rasmi bagi menyambut ketibaan Panglima Angkatan Tentera ke-20 dijadualkan akan dilaksanakan pada 26 Jun 2018 nanti.
Turut hadir pada acara ini ialah YBhg Dato’ Halimi bin Abd Manaf, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima-Panglima Perkhidmatan dan isteri serta pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia.

WhatsApp Image 2018 06 20 at 5.45.32 PM

 

WhatsApp Image 2018 06 20 at 5.45.54 PM