logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

KURSUS PENGURUSAN INTEGRITI ATM SIRI 2/2017 DI MARKAS WILAYAH 1 TLDM TANJUNG GELANG KUANTAN PADA 28 JUL 2017

1

 

28 Jul 2017 - Bahagian Inspektorat Jeneral ATM telah melaksanakan Kursus Pengurusan Integriti atau Integrity Management Course (IMC) Angkatan Tentera Malaysia mulai 17 Jul hingga 28 Jul 17 di Markas Wilayah 1 TLDM Tanjung Gelang Kuantan. Kursus anjuran bersama Markas Tentera Laut  bertujuan melatih pegawai-pegawai ATM berkeupayaan melaksanakan tugas pegawai integriti dan memperkasakan aktiviti integriti dalam pasukan melalui objektif berikut:

  1.  Mengurus program-program integriti dalam organisasi.
  2.  Memantau pelaksanaan program-program integriti dalam organisasi.
  3.  Mereka bentuk pelan tindakan integriti dalam organisasi.

Penyertaan - Seramai 36 orang pegawai merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM (Darat, Laut dan Udara) telah menghadiri Kursus ini di mana prasarana penginapan dan sajian telah disediakan oleh pihak MAWILLA 1 TLDM Tanjung Gelang Kuantan.

Modul - Modul Kursus adalah gabungan Pelan Integriti ATM dengan modul Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) yang telah direka khusus untuk mencapai matlamat amalan integriti ATM. Kursus gabungan bersama ATM dan SPRM ini berlangsung selama 10 hari bekerja melibatkan modul pembelajaran ATM dengan SPRM lebih menitikberatkan 5 modul utama seperti berikut;

  1. Modul Pengenalan Integriti.
  2. Modul Penguatkuasaan Undang-Undang/Pekeliling/Peraturan dan Arahan.
  3. Modul Pematuhan dan Pemantauan.
  4. Modul Pembentukan Integriti.
  5. Lawatan Sambil Belajar ( Lawatan ke Kapal KD Trengganu).

4

 

3

Penganjuran -. Metodologi yang digunapakai terdiri dari penyampaian konsep teori, percambahan fikiran dalam kumpulan dan pembentangan kertas kerja berkumpulan yang telah diselia oleh penceramah dari ATM, Institut Integriti Malaysia (IIM), SPRM, BADSA dan Bahagian Perolehan KEMENTAH.

Majlis Penutup - Telah disempurnakan oleh Inspektor Jeneral ATM, YBhg Mej Jen Dato’ Abu Muslim bin Ismail mewakili Ketua Staf MK ATM pada 28 Jul 17 (Jumaat). antara teks penting dalam kandungan ucapan yang dibaca adalah:

  1. Komitmen ATM dalam Memperkasa Integriti - Usaha dan inisiatif ke arah pemerkasaan dan pembudayaan integriti dalam organisasi sedang giat dilaksanakan bagi melahir tenaga pakar integriti dan pegawai pengurus integriti oleh Bahagian Inspektorat Jeneral.
  2. Nilai Asas di dalam Pengurusan Strategik ATM -  Amat diperlukan bagi menjayakan misi ATM iaitu untuk melindungi kedaulatan, integriti dan kepentingan negara. Namun demikian, ATM juga tidak dapat lari dari masalah integriti yang dibimbangi berpotensi menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira batas pangkat mahupun kedudukan seandainya setiap warga ATM tidak mempunyai benteng mahupun kawalan  jatidiri yang teguh.
  3. Keberhasilan kepada Inisiatif Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia - Setelah tamat dari kursus peserta mampu memiliki kemahiran tahap tiga dalam bidang pengurusan integriti iaitu berkebolehan untuk melaksanakan tugas berkaitan integriti dengan baik. oleh yang demikian semua peserta perlu memainkan peranan masing-masing dengan berkesan dalam membantu Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) ATM mengurus dan memantau tadbir urus dan integriti ATM.
  4. Integriti Berhubungkait Dengan Soal Hati - Pembudayaan nilai murni melalui tutur kata, perbuatan serta tingkahlaku kepada seluruh warga ATM.  setiap warga ATM perlu sedar bahawa amal pekerjaan seseorang akan dinilai oleh Tuhan Maha Pencipta dan akan beroleh pembalasan yang setimpal kepada mereka yang memiliki nilai integriti yang tinggi. 

2

Disediakan oleh:

Mej Ahmad Kamil bin Haji Abdullah

Ketua Cawangan Integriti ATM