PELANCARAN 5 BUKU TEKS PENDIDIKAN MORAL DAN ETIKA TENTERA

 

2

19 Okt - Jabatan Arah Pendidikan telah berjaya menerbitkan 5 naskah buku teks mengikut tahap penguasaan nilai Pendidikan Moral dan Etika Tentera (PMET). Pelancaran buku tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Mejar Jeneral Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota sempena Seminar Pegawai Pendidikan ATM yang dilaksanakan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 19 Okt 2018 yang lalu. Modul PMET ini telah dikaji dan dibuat penambahbaikan mengikut peredaran masa dan metodologi pembelajaran alaf baru berasaskan Model Taksonomi Bloom. Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Hj Zubir bin Mohamed, Pengarah Pendidikan ATM mengharapkan agar penghasilan buku teks ini dapat membimbing pembentukkan nilai murni anggota tentera dalam konteks intelek, rohani, emosi dan jasmani agar anggota lebih proaktif dan bertanggungjawab terhadap agama, organisasi dan negara.

3

Seramai 21 Pegawai dan 11 Anggota LLP KPA (Pendidikan) terlibat sebagai pengarang, penulis, penyunting buku ini yang diketuai oleh Lt Kol Dr Azri bin Mokhtar @ Ahmad dan masing-masing berpengetahuan dan mahir dalam bidang tersebut.

 

1

 

5