logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

TAHNIAH PESERTA KURSUS MPAT 36/16

MPAT1

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Majlis Penutup dan Penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 36/2016 telah disempurnakan oleh Yang Mulia  eneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera (PAT).  Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Timbalan Panglima Tentera Laut, Timbalan Panglima Tentera Udara, Ketua Staf Markas ATM serta Pegawai-Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

MPAT3

MPAT adalah institusi latihan dan pendidikan ATM yang menyediakan pendidikan professional di peringkat Sarjana.  Kursus ini dihadiri oleh pegawai-pegawai ATM yang berpangkat Leftenan Kolonel dan Kolonel atau setaraf daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM (TDM, TLDM dan TUDM) bagi melengkapkan dan menyediakan mereka menjawat jawatan yang lebih tinggi.  Maktab ini turut menawarkan pengajian kepada pegawai-pegawai Tentera dari Luar Negara, pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Negara untuk mengikuti kursus ini.

MPAT2

Modul Pengajian mengambil masa 1 tahun untuk dihabiskan bagi melayakkan peserta kursus bergraduasi.  Penyertaan Kursus bagi Kursus MPAT Siri 36/2016 pada kali ini adalah seramai 44 orang yang terdiri daripada 17 orang daripada TDM, 7 orang daripada TLDM, 7 orang daripada TUDM, 1 orang daripada PDRM dan JPA serta 11 orang daripada Luar Negara. ( Amerika Syarikat, Arab Saudi, Brunei, Filipina, Indonesia, Nigeria, Jordan, Singapura dan Thailand )

MPAT4

 Anugerah Kecemerlangan yang diadakan oleh pihak Maktab di dalam Majlis Penutup Kursus dan Penyampaian Diploma MPAT pada kali ini adalah seperti berikut:

 

  a.  Kertas Kajian Terbaik Peserta Kursus MPAT Siri 36/2016.

            (1)       LTC Rozelle Salvosa Gadin.

            (2)       Perkhidmatan : Philipphines Air Force - Pilot. 

            (3)       Tajuk : “Russia’s Foreign Policy Shift from Europe Towards Asia”.

  b.  Peserta Kursus Terbaik (Bukan ATM) MPAT Siri 36/2016.

            (1)       SLTC Lim Lit Lam.

            (2)       Perkhidmatan : Singapore Army- Armour.

  c.  Peserta Kursus Terbaik (ATM) MPAT Siri 36/2016.

            (1)       Lt Kol Azman bin Jantan TUDM.

            (2)       Perkhidmatan : TUDM (Juruterbang)