logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS KHATAN PERDANA ANJURAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)

KHATAN2

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Angkatan Tentera Malaysia melalui Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) dan Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH (MKWK) menganjurkan Majlis Khatan Perdana Tahun 2016 untuk anak-anak warga ATM dan juga warga Awam Kementerian Pertahanan yang bertugas di Wisma Pertahanan. Majlis ini diadakan mulai 8 dan 9 Dis 12 bertempat di Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH dan Hospital Tuanku Mizan untuk acara berkhatan.

KHATAN1

            Seramai 150 anak anak pegawai, anggota serta kakitangan awam KEMENTAH menyertai program ini.  Antara objektif majlis ini antaranya :

+          Melaksanakan dan mempertingkatkan syiar Islam di kalangan warga  ATM.

+          Meraikan kanak-kanak yang berkhatan agar mereka merasa suasana kegembiraan sebelum dikhatankan.

+          Meyediakan kemudahan khidmat berkhatan untuk anak-anak warga KEMENTAH

+          Mempelbagaikan aktiviti kebajikan anjuran MKWK.

+          Mengeratkan hubungan ukhuwwah Islamiah antara warga ATM.
KHATAN3

Yang Mulia Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat mewakili Panglima Angkatan Tentera  merasmikan Majlis Khatan Perdana tahun 2016 pada 8 Dis 2016 (Khamis). Turut hadir pegawai-pegawai kanan ATM serta ibubapa / penjaga yang terlibat secara langsung dalam Majlis Berkhatan Perdana ATM Tahun 2016.

KHATAN4