logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

LAWATAN BAKAT ATM KE 96 HAT LUMUT MENJALIN KEMESRAAN BERSAMA WARGA

HAT1

Lumut,  23 Nov 16 – YBhg Puan Sri Dato’ Hajjah Umi Kalsom binti Wan Awang, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan lawatan ke  96 Hospital Angkatan Tentera (HAT), Lumut  sempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun ATM   Ke-83.  Lawatan dilaksanakan atas keprihatinan dan tanggungjawab sosial BAKAT ATM. Program ini juga merupakan rangka lawatan ke Hospital Angkatan Tentera membabitkan 3 lokasi yang berlainan iaitu di HAT Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, 94 HAT Kem Terendak, Melaka dan berakhir di 96 HAT Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

HAT2

Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memupuk kemesraan, keprihatinan, mengeratkan hubungan silaturahim, jalinan kasih dan memberi kata-kata semangat kepada para pesakit yang terdiri daripada anggota tentera dan keluarga.  Program lawatan bermula jam 1030 pagi oleh delegasi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM. Kemudian delegasi di beri taklimat oleh Bring. Jen. Dato’ (Dr) Zakaria bin Awang, Pegawai Memerintah 96 HAT. Seterusnya Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM di iringi delegasi BAKAT melawat ke wad-wad untuk menyampaikan sumbangan cenderahati sambil beramah mesra dengan pesakit-pesakit dan memberi kata-kata perangsang agar pesakit tabah menghadapi ujian daripada-Nya.

hat3

Program ini merupakan program tahunan yang secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli BAKAT ATM seterusnya dapat menyalurkan khidmat kebajikan bukan sahaja kepada anggota tentera malah kepada masyarakat diluar sana.