logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

ATM TERIMA ANUGERAH THE BRANDLAUREATE

KUALA LUMPUR, 2 Jun 16 - Angkatan Tentera Malaysia telah memenangi anugerah  The Brandlaureate Transformational Organisation Brand 2015-1016.  Malam Penganugerahan Brandlaureate ke 10 ini, di adakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, telah bertapak di seluruh dunia yang melibatkan sejumlah 60 negara.

 

Penganugerahan ini adalah merupakan pengiktirafan kepada ATM sebagai sebuah organisasi yang telah berjaya dalam usaha transformasinya dan berjaya mengekalkan identitinya tersendiri mengharungi cabaran yang berubah secara global.  Dalam menghadapi perjalanan ini, ATM telah berjaya mempertahankan dan mengukuhkan identitinya serta terus bergerak ke hadapan sebagai sebuah organisasi pertahanan dan keselamatan.  ATM juga telah dilihat sebagai sebuah organisasi yang telah berjaya mengharungi cabaran-cabaran dan telah memenuhi serta mencapai ekspetasi pihak-pihak berkepentingan dan masyarakat umum, lantas memberi persepsi yang positif.

Penganugerahan ini juga membuktikan betapa masyarakat umum mengakui pengorbanan serta jasa bakti ATM dalam mempertahankan kedaulatan tanah air pada sebilang masa demi kesejahteraan rakyat.

Syabas ATM - ATM PERKASA, KEDAULATAN TERPELIHRA