logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

BAKAT ATM BERSAMA BERBAKTI MEMBERI PERANSANG KEPADA PERJUANGAN ANGGOTA TENTERA

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Bertepatan dengan slogan ‘Bersama Berbakti(Together We Serve)’, Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera atau singkatannya BAKAT, ahli-ahlinya yang terdiri dari kalangan isteri anggota tentera ATM turut memainkan peranan penting untuk sama-sama berganding bahu dengan kaum lelaki. Malah ahli-ahli BAKAT sebagai nadi penggerak disamping memberi perangsang terhadap perjuangan para suami.

BUNGKUSAN 1

Atas rasa keperihatinan dan tanggungjawab sosial terhadap kebajikan keluarga anggota tentera khasnya dan anggota tentera amnya, Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT ATM), Puan Sri Dato’ HajahUmi Kalsom binti Wan Awang iaitu isteri Panglima Angkatan Tentera telah bersama-sama turun padang dan berganding bahu mencurahkan tenaga melaksanakan kerja-kerja pembungkusan barangan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Usaha murni ini turut digalas bersama ahli-ahli BAKAT yang lain termasuk isteri Panglima-panglima Perkhidmatan selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (BAKAT Darat, BAKAT Laut dan BAKAT Udara), Ahli Jemaah Tertinggi BAKAT ATM serta ahli-ahli BAKAT.

BUNGKUSAN 2

Aktiviti pembungkusan ini telah diadakan bertempat di Rumah BAKAT ATM di Kem Kementerian Pertahanan. Aktiviti ini disenaraikan sebagai program tahunan oleh Bahagian Perkhidmatan Anggota, Cawangan Staf Am Sel Kebajikan, Markas ATM selaku penganjur. Majlis Pembungkusan Barangan Hari Raya Aidilfitri Bersama Ahli-ahli BAKAT ATM Tahun 2016 dilaksanakan lebih awal bagi membolehkan urusan pembungkusan dan penghantaran berjalan lancar dan sampai ke kawasan sasaran pada masa yang ditetapkan.

BUNGKUSAN 3

Aktiviti ini adalah sumbangan amal daripada badan sukarela ini yang mana ahli-ahlinya adalah isteri anggota tentera pelbagai pangkat yang membantu mencurahkan tenaga dan sokongan moral sebagai menghargai jasa dan pengorbanan perajurit negara yang bertugas di perbatasan sama ada di dalam negara seperti di sempadan negara dan kawasan operasi termasuk Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah atau ESSZONE (Eastern Sabah Security Zone) mahupun anggota tentera yang bertugas di bawah Misi Pengaman Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) seperti MALBATT (Malaysia Battalion In Lebanon), MINURSO Sahara Barat (United Nations Mission for the Referendum in Western Sahara), UNISFA (United Nations Interim Security Force for Abyei), UNMIL Liberia (United Nations Mission in Liberia), UNAMID (United Nations Hybrid Operation in Darfur), MUNOSCO (United Nations Mission in the Democratic Republic of Congo) dan sebagainya.

BUNGKUSAN 4

 

Pada tahun ini, sebanyak 20,000 bungkusan hari raya akan diagihkan kepada para perajurit negara yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri pada saat semua umat Islam di Malaysia meraikan kedatangan 1 Syawal bersama keluarga dengan gembira dan dalam suasana aman.