logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

KE ARAH SEBUAH ANGKATAN KREDIBEL

A400 1

SUBANG - 13 Jan 16.  ATM menambah senarai inventori aset pertahananya dengan tibanya pesawat angkut A400M TUDM.  TUDM menerima pesawat A400M keduanya di Pangkalan Udara Subang.  YB Menteri Pertahanan, Dato' Hishamuddin Hussein Onn, telah diberi penghormatan untuk menerima inventori baru tersebut disaksikan oleh YBhg Panglima Angkatan Tentera, Ketua-ketua Perkhidmatan serta warga ATM.

Penambahan aset pertahanan ATM ini, akan membantu memperkasakan kemampuan kuasa udara ke arah sebuah angkat yang kredibel.  Dengan pengurusan aset pertahanan secara cekap, berkesan dan kompetitif, aset baru milik TUDM akan dapat melihat pencapaian kemampuan operasi udara secara mandiri di antara 2 wilayah seiring dengan pelan Pertahanan Negara.

Pesawat ini merupakan pesawat ke-2 dari empat buah yang diperolehi melalui kontrak perolehan yang telah ditandatangani pada 8 Dis 05.  Pesawat in telah berlepas dari Seville, Sepanyol pada 27 Dis 15 dan telah mendarat di Pangkalan Udara Subang pada 29 Dis 15 dan ianya telah diterbangkan oleh anak-anak watan yang terdiri dari 4 juruterbang dan 4 Kuartermaster TUDM.

Berperanan sebagai Force Enhancement dengan melaksanakan operasi-operasi pengangkutan udara yang merangkumi Strategik dan Taktikal.  Bagi pengoperasian pesawat A400M ini, TUDM telah menghantar sebilangan pegawai dan anggota untuk menjalani latihan berperingkat sejak 2014 dan perancangan untuk kumpulan sokongan dijadualkan pada tahun ini.