logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA ANGKATAN TENTERA DIRAJA THAILAND KE ATAS PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

THAILAND 1

KUALA LUMPUR, 21 Dis - YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera (PAT) menerima Kunjungan Hormat General Sommai Kaotira, Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand hari ini di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Ketibaan PAT Diraja Thailand disambut oleh YBhg Tan Sri PAT di perkarangan Wisma Pertahanan bersama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Anuwi bin Hj Hassan dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Affandi bin Buang TUDM. PAT Diraja Thailand turut berkesempatan melakukan Kunjungan Rasmi terhadap Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Dato' Wira Mohd Johari bin Baharum.  

Panglima Angkatan Tentera Thailand menjadikan Malaysia sebagai negara luar pertama yang dilawati setelah mengambil alih tugas mulai 1 Oktober 2015 lepas. Lawatan ini juga merupakan kesinambungan hubungan rapat dua negara yang sekian lama terjalin.

Acara lawatan dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) di perkarangan Wisma Pertahanan dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja     (1 RAMD) berkekuatan tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dengan Mejar Wan Azrul bin Yahya selaku Ketua Kawalan dan Pegawai Panji-Panji Rejimen ialah Kapten Mohd Ridhwan bin Mohd Asri manakala Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Pegawai Waran 1 Samsuri bin Saman. KKU ini diiringi oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Leftenan (DOM) Muhamad Nor Azizan bin Yahya.