logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

DIALOG PANGLIMA ANGKATAN TENTERA SASEAN 2015

 

SASEAN 1

KUALA LUMPUR, 7 Dis - The South and Southeast Asian Nations Defence Chief’s Dialogue merupakan inisiatif Sri Lanka melalui Ministry of Defence and Urban Development. Dialog ini bermatlamat untuk membawa Defence Chief’s dari negara anggota South Asian Association for Regional Cooperation (SAARC) dan ASEAN ke meja rundingan bagi membincangkan isu keselamatan serantau.

SASEAN 2

Dialog pertama berlangsung di Colombo, Sri Lanka pada 27 – 29 Nov 2014 dengan tema “Promoting Security Through Dialogue and Cooperation”. Dialog ini dihadiri Defence Chief’s dan wakil Afghanistan, Bangladesh, India, Maldives, Pakistan, Sri Lanka, Brunei, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam. Selain itu China dan Russia turut diundang selaku pemerhati.

Selaras dengan peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini, ATM telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan The 2nd South and Southeast Asian Nations Defence Chief’s Dialogue 2015. Selaku penganjur, ATM telah memilih “Regional Collaboration in Pursuit of Achieving Security and Stability” sebagai tema dialog pada tahun ini.

Pemilihan tema ini adalah bersesuaian dengan cabaran serta objektif yang ingin dicapai melalui dialog ini iaitu:

 

a.         Memperkukuh hubungan kerjasama dalam bidang keselamatan dan pertahanan diantara Angkatan Tentera ASEAN dan SAARC melalui aktiviti dua hala dan pelbagai hala.

           

b.         Meningkatkan perkongsian pengalaman (experience sharing), pengetahuan (knowledge sharing) dan maklumat perisikan melalui aktiviti latihan, operasi ketenteraan dan operasi bantuan (HADR).

 

c.         Meningkatkan kemahiran negara anggota dalam hubungan kerjasama keselamatan dan pertahanan melalui aktiviti latihan dan operasi dengan menggunakan Standard Operating Procedure (SOP) dan interoperability.

 

d.         Memberi ruang kepada Defence Chief’s dari ASEAN dan SAARC bertukar pengalaman dan pandangan dalam usaha mewujudkan persekitaran yang selamat dan stabil dirantau ini.

Dialog ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7 dan 8 Dis 2015 di Wisma Perwira ATM. Seramai 7 orang Defence Chiefs’ atau wakil dari negara ASEAN hadir iaitu; Malaysia selaku tuan rumah, Brunei, Filipina, Laos, Vietnam, Thailand dan Singapura. Sementara itu SAARC diwakili Bangladesh, India, Nepal, Maldives, Pakistan dan Sri Lanka. Selain itu Amerika Syarikat, China dan Russia turut hadir selaku pemerhati.  Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan.

Sepertimana yang diketahui umum, isu keselamatan dan kestabilan yang membelenggu negara-negara ASEAN dan negara Asia Selatan mempunyai banyak persamaan seperti isu keganasan dan bencana alam. Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor geografi, ekonomi, pendidikan, etnik dan agama seperti penularan ideologi melampau yang dibawa oleh kumpulan pelampau agama, kaum atau politik serta kedudukan rantau ini yang terdedah kepada bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, letusan gunung berapi dan sebagainya. Isu ini sekiranya tidak diurus dengan baik boleh menjejaskan aspek keselamatan dan kestabilan rantau ini.

Sehubungan itu, dialog kali ini akan menjadi platform bagi setiap negara peserta untuk berkongsi pengalaman dalam menangani isu keganasan dan bencana alam. Untuk itu dua isu utama yang akan dikongsi dalam dialog ini ialah; Operasi Menyelamat dan Operasi Bantuan Bencana serta Fundamentalism and Extremism.  Resolusi yang dicapai dalam dialog ini akan dijadikan asas kepada untuk memperkukuhkan kerjasama dan kolaborasi dikalangan negara peserta melalui kerjasama latihan dan operasi serta pewujudan Standard Operating Procedure dan Doktrin bersama melalui dialog seumpama ini.