logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

GAYA HIDUP SIHAT ATM

 

PR 4

KUALA LUMPUR,28 Nov – Program Minggu Kesihatan Kementah 2015 (MKK 15) telah berlangsung pada 28 Nov 15 bertempat di Stadium Kementah dan telah dimulakan dengan program MKK Power Run.

MKK Power Run merupakan singkatan kepada Performance Otimization, Wellness & Rehabiliation.  Larian ini berkonsepkan Fun Run.  Acara ini digabungkan dan dijalankan sebagai salah satu acara bagi Hari Keluarga MINDEF. 

Pelepasan peserta larian telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin.  Turut hadir Panglima Tentera Laut  YBhg Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Haji Badaruddin, Pegawai-Pegawai Kanan ATM, serta lebih kurang 567 warga ATM yang mengambil bahagian dalam larian tersebut. 

MKK pada tahun ini akan dilaksanakan sehingga 2 Dis 15 dengan pelbagai aktiviti antaranya pertandingan fotografi, peraduan melukis dan kuiz kesihatan, pertandingan “kami bebas rokok” serta pelbagai lagi bertempat di Auditorium dan Foyer Wisma Pertahanan.  Semua warga ATM dijemput hadir bagi memeriahkan program yang telah dirancang.