logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

TAHNIAH ASISTEN KETUA STAF KOMLEK

AKS KOMLEK2

KUALA LUMPUR, 18 Nov-  Majlis Pemakaian Pangkat dari Laksamana Pertama kepada Laksamana Muda Asisten Ketua Staf Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (KOMLEK), Laksda Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah.

Upacara pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera,YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin pada 18 Nov 2015 di Bilik Teratai Tingkat 5 Wisma Pertahanan Kuala Lumpur.  Turut hadir bagi meraikan majlis kenaikan pangkat ini Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Haji Badaruddin, Pegawai-Pegawai Kanan ATM serta Warga KOMLEK.

Isteri kepada Asisten Ketua Staf KOMLEK juga turut hadir untuk menyempurnakan majlis pemakaian pangkat tersebut. Laksda Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah dikekalkan menjawat jawatan AKS KOMLEK. Tahniah YBhg Dato'.