logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

SAMBUTAN HARI PAHLAWAN 2015

HARI PAHLAWAN 1

KUALA LUMPUR - 31 Julai 2015. Pengorbanan Pasukan Keselamatan negara dalam menjaga keamanan negara sentiasa diingati dan disanjung tinggi oleh rakyat Malaysia.  Seramai 27 Pegawai dan 531 anggota terdiri dari Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Persatuan Veteran ATM dan Persatuan Bekas PDRM telah berhimpun di Dataran Merdeka untuk memperingati jasa pahlawan terdahulu sempena Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (SPB YDP), Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah telah berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis istiadat yang penuh bermakna ini.

Acara dimulakan dengan tiupan ‘Paluan Akhir’ sambil Jalur Gemilang diturunkan sebagai simbolik mengenang pahlawan yang terkorban dalam mempertahankan negara dari musuh durjana.  Sejurus kemudian, para hadirin telah dipersembahkan dengan deklamasi sajak bertajuk ‘Pahlawan’ hasil ciptaan Mej (B) Mohamed Awang yang disampaikan oleh DSP Rose Baini Kassim dan ASP Mohamed Mahat.  Sempena istiadat ini juga, persembahan pentomen mengenai serangan pihak Komunis ke atas Balai Polis Kuala Krau, Pahang yang dipertahankan oleh ‘mata-mata’ (Polis) Mohd Yusoff Mohamad sambil dibantu oleh isterinya pada 26 Jun 1948. Turut dipersembahkan mengenai kisah ASP Mohd Zabri Abdul Hamid daripada Platun 69 Komando yang berjuang hingga ke titisan darah terakhir menentang komunis di Sungai Siput, Perak dalam Ops Banboo 2 pada 1975.  Seterusnya acara tiupan ‘Paluan Fajar’ iaitu menaikan Jalur Gemilang sebagai memberi semangat kepada pahlawan yang masih hidup untuk terus mempertahankan kedaulatan negara.  Sebelum mengakhiri persembahan, ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali telah dilaungkan sebagai simbolik bukti taat setia anggota pasukan keselamatan dan rakyat di bawah naungan baginda.

Turut hadir Turut hadir Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein; Panglima Angkatan Tentera YBhg Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara YBhg Tan Sri Khalid Abu Bakar.