logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

SULTAN SELANGOR RASMIKAN HARI TERBUKA ARMADA 2014

tldm7

Sambutan Hari TLDM ke 80 di Pangkalan TLDM Lumut meriah dengan kehadiran DYMM Sultan Selangor mencemar duli merasmikannya.  Ketibaan Tuanku Sultan Selangor pada jam 4.00ptg di sambut oleh YBhg Laksamana Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar, Panglima Tentera Laut.  Baginda Tuanku kemudiannya menerima Tabik Hormat serta memeriksa Kawalan Kehormatan Utama di hadapan bangunan Markas Pemerintahan Armada sebelum Baginda Sultan menaiki buggy ke KD Selangor untuk merasmikan Hari Terbuka Armada yang diadakan setiap dua tahun sekali untuk kunjungan umum.

Pameran sepanjang 2 hari (26 dan 27 April) memperlihatkan gerai-gerai pameran dipenuhi pengunjung.  Pameran turut di sertai oleh Tentera Darat Malaysia dan Tentera Udara Malaysia.  Selain itu, Karival 1Mindef turut diadakan di lokasi bagi memeriahkan suasana pada tahun ini.

Para pengunjung mengambil kesempatan mencuba dan melihat aset-aset yang dipamerkan.

 Selain itu, pertunjukkan Pasukan Khas TLDM dengan menggunakan aset seperti bot dan pesawat helikopter telah menarik perhatian para pengunjung.

 Para pengunjung juga tidak melepaskan peluang mendekati aset terkini TLDM iaitu Kapal Selam jenis scopene KD Tunku Abdul Rahman.

 

Selain dari pertunjukan dan pameran, Hari Terbuka Armada 2014 juga telah memberi peluang kepada pengunjung untuk merasa pengalaman menaiki bot CB 90.

KD Hang Tuah adalah di antara aset TLDM yang turut dibuka untuk para pengunjung melihatnya dengan lebih dekat.