logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

LAWATAN PERSARAAN PEMERINTAH ABDB

ABDB1

20 Dis 2013 - Bersempena persaraan beliau, YM Mej Jen Dato' Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato' Seri Paduka Haji Abidin, Pemerintah Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei (ABDB), telah melakukan Kunjungan Hormat ke atas YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera pagi ini.

 

Ketibaan Pemerintah ABDB di perkarangan Wisma Pertahanan telah disambut Panglima Angkatan Tentera dan Pegawai-pegawai Kanan ATM.  Ianya disusuli dengan Pemerintah ABDB menerima Tabik Hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) sebelum ke Ruang Perkasa untuk Kunjungan Hormat.

 

Pertemuan selama 30 minit di Ruang Perkasa berakhir dengan pertukaran cendera kenangan dan diikuti dengan Pemerintah ABDB melakukan Review ke atas KKU sebelum bertolak balik ke Brunei.  Seluruh warga ATM mengucapkan Selamat Bersara kepada YM Mej Jen Dato' Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato' Seri Paduka Haji Abidin.