logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

ATM LANCAR SYILING PERINGATAN SEMPENA HARI ATM KE-80

COIN1

20 Dis 13 - Hari ini, ATM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan Duit Syiling Peringatan Hari ATM ke-80 sebagai memperingati evolusi ATM selama 8 dekad kewujudannya.  Menurut YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera,  yang juga mengilhamkan Duit Syiling Peringatan ini berkata, penerbitan syiling ini adalah bagi mengenang segala jasa, sumbangan dan pengorbanan para pahlawan ATM sama ada mereka yang masih berkhidmat ataupun yang telah bersara.

 

Spesifikasi Duit Syiling Peringatan adalah seperti berikut:

1.  Duit Syiling Peringatan Emas.

- diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9.

- berat setiap keping ialah 7.96 gram.

- harga jualan ialah RM1800.00 sekeping.

- hanya 500 keping sahaja ditempa.

Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)

- diperbuat daripada logam Perak Sterling dengan ketulenan 92.5.

- berat setiap keping ialah 21.00 gram.

- harga jualan ialah RM150.00 sekeping.

- hanya 1000 keping ditempa.

Duit Syiling Peringatan Emas Nordic

- harga jualan ialah RM10.00 sekeping.

- sebanyak 25000 keping ditempa.