logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

KUALA LUMPUR, 28 September 2024 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab. Rahman dan isteri Puan Sri Datin Seri Ramlah binti Dawi telah hadir ke Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) yang diadakan bersempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-91 bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

Majlis berkenaan turut diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali.

Majlis yang dianjurkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), telah disertai oleh Pegawai ATM dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan bersama pasangan yang bertujuan untuk mengekalkan adat serta amalan budaya rejimental yang telah diamalkan sejak sekian lama dalam ATM khasnya.
Tahun ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengangkat tema sambutan "Angkatan Masa Hadapan: Benteng Pertahanan Negara," yang mencerminkan dedikasi dan kesungguhan dalam memastikan keamanan negara. Ini diungkapkan oleh PAT dalam ucapannya, yang menekankan komitmen ATM untuk menjadi perisai yang teguh dan kredibel bagi negara.

Menurut beliau lagi, tema ini juga mengandungi maksud yang inklusif sekaligus menterjemahkan tuntutan kesedaran dan komitmen jitu daripada agensi - agensi awam serta seluruh lapisan masyarakat untuk bersama -sama berganding bahu menjaga kedaulatan watan tercinta ini.

Selain merupakan tradisi yang telah menjadi amalan dalam organisasi ATM, ianya juga merupakan sebuah platform terbaik yang dapat memupuk semangat kebersamaan yang menjadi elemen penting dalam pembentukan sebuah angkatan pertahanan yang teguh dan bersatu.
Majlis yang penuh dengan acara rejimental berkenaan, diakhiri dengan acara memotong pulut kuning khas sempena meraikan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-91.

Turut hadir ke majlis berkenaan adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain ;Timbalan Panglima Tentera Udara yang mewakili Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad serta mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera dan Pegawai-pegawai Kanan ATM yang lain.

Lihat Galeri Gambar