KUALA LUMPUR, 23 September 2024 – Panglima Angkatan Tentera , Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman telah menerima kunjungan hormat persaraan daripada mantan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Indera Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM yang akan menamatkan perkhidmatannya di dalam ATM tidak lama lagi.
Dalam kunjungan berkenaan, Leftenan Jeneral Dato’ Indera Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM mengucapkan terima kasih kepada Panglima Angkatan Tentera di atas segala sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepadanya sepanjang di dalam perkhidmatan sehinggalah beliau menjawat jawatan terakhir sebagai Panglima Angkatan Bersama.
Panglima Angkatan Tentera turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada Leftenan Jeneral Dato’ Indera Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM di atas segala khidmat bakti dan jasa yang telah dicurahkan kepada perkhidmatan.
Seluruh warga ATM mengucapkan selamat maju jaya buat Leftenan Jeneral Dato’ Indera Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM. Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya.