logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

Upacara Perbarisan Pemakaian Pangkat Mega Anggota Lain-Lain Pangkat ATM

Buat julung kalinya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan Upacara Perbarisan Pemakaian Pangkat Mega Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ATM. Upacara perbarisan tersebut telah diadakan pada 21 Feb 13 bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana, Sg Besi, Kuala Lumpur.

Upacara perbarisan ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan. Seramai 1580 anggota LLP ATM telah terlibat dalam upacara perbarisan pemakaian pangkat ini. Pemakaian pangkat melibatkan anggota yang berpangkat Prebet ke Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal. Pemakaian pangkat mega ini diadakan setelah diluluskan Skim Perkhidmatan Baru ATM baru-baru ini dimana time based digunakan bagi kenaikan pangkat anggota LLP. Anggota berpangkat Prebet akan dinaikkan pangkat ke Lans Koperal setelah berkhidmat selama 4 tahun manakala anggota berpangkat Lans Koperal akan dinaikkan pangkat ke Koperal setelah berkhidmat selama 10 tahun.

Turut bersama menyempurnakan upacara perbarisan pemakaian pangkat tersebut adalah YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta pucuk pimpinan dan Pegawai Kanan ATM. Kenaikan pangkat ini akan dilaksanakan secara berterusan mengikut kelayakan demi memberi motivasi, semangat dan meningkatkan moral anggota tentera agar mereka dapat terus berkhidmat dengan cemerlang demi menjaga keselamatan dan kedaulatan tanah air tercinta.